1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Rabu, 9 Mac 2016

DOWNLOAD ATAU TONTON BOBOBOI THE MOVIE

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Hari ini, EA dan kawan sekerja pergi ke Lotus Five IOI Kulai untuk menonton BOBOBOI THE MOVIE. Walaupun semua berumur sudah RM0.20 namun masih boleh ketawa dan layan cerita ini. 
Standard animasi dan grafik cerita ini juga baik seperti hollywood. Jadi EA rasa berbaloi dan sekurang-kurangnya boleh rehatkan minda dari tekanan.



Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini..EA bagi 4.5 bintang. Tak tipu memang sangat layannnnnnn

Isnin, 7 Mac 2016

MAKANSUTRA: MAKAN MALAM DI 8 KATI

Assalammualaikum dan Selamat Malam.
Semalam,EA telah dibelanja makan malam di Lapan Kati Restoran. Restoran ini terletak di Indahpura,Kulai dan berhampiran dengan Maybank Indahpura. Restoran ini menawarkan pelbagai hidangan makanan laut.
Banyak makanan yang bos EA order untuk diratah oleh pekerja-pekerjanya seperti sup sayur bebola ikan,udang masak kari,ayam black paper,ayam tempura,sayur kobis campur cendawan,kerabu mangga dan nasi goreng cina. Juadah terakhir air kelapa laut...perghhhh betul-betul manis dan menyegarkan... Owh yang paling penting EA makan sampai kenyang sebab meja EA cuma ada 6 orang saja. Bertambah sadolah jadinya...

Sebelum pulang, orang meja sebelah telah memberi kek velvet cheese strawberi.Rasanya urmmmm,sedapp.. Selamat ulang tahun...

Selasa, 1 Mac 2016

XPERIMENT: UBAT BISUL CAP KATAK

Assalammualaikum dan Selamat Malam.
Akibat daripada mencabut rumput, bangun tidur kaki EA muncul timbul bisul.
Kawan EA mencadangkan untuk membeli koyok cap katak di kedai seng ser (kedai ubat cina). Harga koyok ini cuma RM0.50.
Cara penggunaannya hanya tampal di tempat yang bisul. Esok kita lihat hasilnya...