1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Ahad, 17 Januari 2016

SANTAI BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID BBU.

Assalammualaikum dan Selamat Malam.
Malam ini EA berpeluang mendengar kuliah secara santai bersama Ustaz Azhar Idrus yang dianjurkan di Masjid Bandar Baru Uda. Hampir 15000 orang yang hadir termasuk kerabat diraja Johor. 
Kuliah yang sangat sempoi dan santai. Banyak ilmu yang telah disampaikan dan paling penting samada dapat diamalkan atau tidak. Majlis ditutup dengan soalan : Mengapakah kita harus berusaha jika takdir kita sudah ditentukan dan dayuskah saya jika isteri lebih mementingkan kawan-kawannya berbanding saya?


Selasa, 12 Januari 2016

KONGSI: SERVIS MAJOR KELISA

Assalammualaikum dan Selamat Malam..
Kelisa EA yang telah dirawat di hospital sebulan yang lalu dan hari ini ia sudah kembali ditangan EA. Selepas melakukan servis major, prestasi kelisa EA memang berbeza dan ia seperti memandu kereta baharu. Buat masa ni, kereta hanya boleh dipandu selaju 100km/h kerana alat-alat enjin yang diganti memerlukan keserasian.

Jadi, proses seterusnya ialah menukar minyak hitam apabila sampai 1000km.

Sabtu, 2 Januari 2016

KONGSI: PERMULAAN 2016

Assalammualaikum dan Selamat pagi.
Selamat datang tahun 2016. EA mengharapkan tahun ini boleh mencapai impian untuk ke destinasi yang diidamkan dan sentiasa mengingati illahi..