Sekiranya anda pergi ke Ayer Hitam,Johor jangan lupa singgah di kedai JURIAH KEDAI PUTU BAMBU untuk merasakan keenakkan putu bambu bagi yang menggemarinya. Lokasi kedainya memang tidak jauh daripada plaza tol Ayer Hitam dan mudah untuk mendapatkannya.Selain itu, ramai juga yang menjual putu bambu dikawasan itu. Semasa EA sampai hanya kedai kak Juriah ni yang sudah buka.
Rasa putu bambu ni memang sangat berlemak dan secukup rasa sedapnya. Rasanya berbeza dengan yang dijual dikedai-kedai lain. Daun pisang menjadi pengalas bagi mengekalkan keaslian rasanya.Harganya juga berpatutan iaitu 6 biji RM 2.50 jer..Tekak pun dah tak tahan nak merasa putu bambu ini dan apa lagi jom makan..




