1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Ahad, 25 Mac 2018

MAKANSUTRA: KERANG SAMBAL MEDAN SELERA SENGGARANG

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Kerang sambal tular di bibir warga Pontian menjadi pilihan gabi hari ini. Rasa sambal kerang sangat enak dan kelazatan menyengat dengan kesegaran kerang yang ditangkap dari laut. 

Di manakah destinasinya? Sg. Lurus medan selera ikan bakar. 

Khamis, 22 Mac 2018

MAKANSUTRA: GABI di ROUTE 52 JB BISTRO

Assalammualaikum  dan Selamat Malam 

Gabi sebentar di Route 52 Bistro sebelum balek rumah. 
Haruman teh tarik Tai dapat mengubat kerinduan melawat Krabi. 

Rasa mi ladna ini pun sedap.  Kombinasi sayur-sayuran dan udang segar terasa enak. 


Isnin, 19 Mac 2018

SANTAI:BUKIT TASIK BIRU, KANGKAR PULAI

Assalammualaikum  dan Selamat Malam

Alhamdulillah misi melihat tasik biru di Kangkar Pulai berjaya. Pemandangan tasik biru dari atas bukit indah nian. Sepanjang 5km perjalanan, banyak pemandangan yang menarik. 

Perlu menapak dalam anggaran 200 meter sebelum tiba di kaki bukit

Cuaca panas leting. 
Pendakian baru  bermula
,  EA tiba di perhentian pertama. Kebiruan tasik kelihatan dan kebetulan bunga sakura sedang mekar di tasik biru.  
Rileks.


Nak juga duduk di sini..amaran kawasan ini licin.


EA bagi cap jempol. 
  Luaskan kuasamu Johor. 
Sempat lagi berdiri acar-acar trofi OSCAR.
 Laluan tadahan air. 

Cabaran seterusnya, halangan anak tangga. 

Sampai juga Arizona,US    

Ekspedisi kali ini sangat menyeronokkan.  Banyak cabaran dan pemandangan yang cantik. Paling penting dapat tenangkan fikiran dan keluarkan peluh.  EA mula meneroka bukit ini pada pukul 9.00 pagi dan tamat pukul 1.10 petang.  4 jam kami luangkan masa untuk melihat keindaham alam sepanjang 5km.Terima kasih EA ucapkan kepada Pontian Hiker, Gunung Arong Hiker, FKA dan Columbia HospitalSC atas kesudian menjadi petunjuk arah. 

Ahad, 11 Mac 2018

KONGSI:RASA PAHIT SEBELUM TIBA DI PUNCAK

Assalammualaikum dan selamat hujung minggu. 

Semakin sampai di puncak, semakin rasa pahit.  Itu yang berlaku semasa EA mendaki Gunung Pulai, Kulai. Jadi,  EA telah minta pandangan daripada otai2 group Hiking & Camping around Malaysia. 

Kemungkinan betul pendapat yang dikemukakan oleh otai2 hiking kita sebab
1. EA sarapan dengan minum air kopi sahaja. 
2. Kerana kepenatan, EA kerap menggunakan mulut untuk bernafas. 

SANTAI: EKSPEDISI KE GUNUNG ARONG

Assalammualaikum dan Selamat Pagi. 
Seminggu sudah EA mengikuti kumpulan hiking TUFAH ke Mersing mendaki Gunung Arong. EA tidur semalam di Chalet Pantai Teluk Gorek.  Ekspedisi menawan gunung ini bermula pada pukul 8.00 pagi dipandu oleh ahli fisiologi. 
Pendakian bermula.

Berhenti sebentar sementara menunggu muatan berat di hadapan

Sewaktu rehat yang pertama

Sampai di ketinggian 250 meter. Rehat dan makan. 
Cari sudut terbaik untuk bergambar



Ok.. Kita bergambar dulu.

Inilah puncak Gunung Arong.  Ketinggiannya 275 meter.

Cantik nian pemandangan dari atas puncak.

Ini pulak masa nak turun.  Walaupun ada litar, namun laluannya curam dan perlu berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan.

Kena melalui tepi pantai untuk menamatkan ekspedisi ini.

Rintangan terakhir,  EA perlu menyeberangi anak sungai untuk pergi ke chalet. Air pasang. Habislah basah baju... Swafoto dulu lah.... 

Pendakian naik dan turun lebih kurang 1jam setengah.