1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Ahad, 26 Mac 2017

SANTAI:RIADAH DI TANJUNG BALAU DAN BATU LAYAR

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.

Trip riadah EA ke Bandar Penawar memang tidak dirancang. Lepas solat Jumaat, kami terus ke sana.
 Destinasi riadah EA yang pertama ialah Tanjung Balau. Ramai pengunjung bermandi-manda dan ada juga sekadar duduk di tepi pantai.
EA duduk di bawah pokok kelapa bagi menikmati pemandangan laut. Atas sikap prihatin rakyat Malaysia, ramai orang tegur EA supaya berpindah ke kawasan lain. Hal ini bagi mengelakkan buah kelapa gugur atas kepala kami. 


Dari Tg. Balau EA berpindah ke destinasi seterusnya iaitu Batu Layar. Perjalanan mengambil masa 15 minit dengan berpandukan Google Map.

Kawasan Batu Layar dapat menjadikan perasaan anda berasa tenang dan damai. Di sini kurang pengunjung. Namun, kawasan persisiran pantainya dipenuhi sampah. 

Isnin, 20 Mac 2017

POTRET: KAMPUNGKU

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Setelah bertahun-tahun EA tidak pulang ke kampung, halaman rumah pun bersemak-samun.

Ahad, 19 Mac 2017

SANTAI DE PANTAI PUNGGOR

Assalammualaikum dan Selamat Malam
 Dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Pontian, EA sekeluarga singgah di Pantai Punggor Senggaram.


Kebetulan EA sampai tepat pada waktu matahari terbenam. Waaah pemandangan memang cantik.
Sempat lagi berdrama.



Rabu, 15 Mac 2017

KONGSI:LUKA DI KAKI

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Akibat terkena ekzos motor,habis kaki EA melecur dan terkupas menjadi luka. Orang cakap luka di hati tak nampak di mata, luka di kaki sendiri yang rasa.

Sabtu, 4 Mac 2017

MAKANSUTRA: NASI MANDEY AYAM PERSIA

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
 Nasi mandey yang kami cuba semalam rasanya sampai terangkat kening ala-ala kak Ziana Zain. Gabungan nasi dan ayam tempayan memang menjadi.Sangat sedap,lembut dan terasa rempah-ratus.
Teh arab + daun pudina sangat menyegarkan. Satu teko RM 7 boleh dihidangkan untuk 5 orang.
Rm12 harga sepinggan nasi mandey ayam manakala set nasi mandey dua ketul ayam RM18.