1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 28 Disember 2015

SANTAI: WINGS-PENTAS OPERA

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Jom kita layan lagu Wings- Pentas Opera semasa konsert Wings 30 tahun.

Sabtu, 26 Disember 2015

KONSERT WINGS 30 TAHUN DI PLAZA ANGSANA

Assalammualaikum dan Selamat petang.
Kumpulan Wings telah mengadakan konsert di Johor Bahru selepas berjaya menghimpunkan seramai 25000 orang di Stadium Merdeka bagi meraikan peminat sempena ulangtahun yang ke 30 dengan tema "Back to 80's". Tiket yang dijual di Angsana lebih murah berbanding di KL. Jadi, EA telah beli tiket RM100 bagi mendapatkan tempat rockzone di hadpaan pentas. Memang jelas dapat tengok kumpulan Wings.
Bagi EA memang berbaloi datang ke konsert ini kerana persembahan Wings memang bertenaga dan cukup mantap dari pukul 9 malam hingga 12.30pagi. Selain itu, konsert malam ini penuh dengan gimik dan membuat penonton tertunggu dengan persembahan Wings seterusnya. Awie talah menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama sebagai lagu pembukaan.
Joe selaku pemain guitar juga menunjukkan skill bermain gitar secara solo...EA memang respect dengan skill Joe menggentel..sangat hebat beb..
Sempena ulang tahun yang ke 30, Wings telah menampilkan semua artis yang pernah menyertai Wings seperti Ustaz Mel(x-vokalis),Sham(x-guitarist),Jojet(x-drummer) dan Mus May.Mus tidak dapat hadir dan digantikan dengan Azlan n The Type Writer.. Gandingan suara Awie,Azlan dan Ustaz Mel menjadikan suasana konsert lebih padu dan dapat mengimbau sejarah Wings.

Sejati- Wings


Jumaat, 25 Disember 2015

DOWNLOAD/TONTON DILWALE 2015 ONLINE

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Dilwale merupakan filem boly yang pertama EA tonton di panggung wayang. EA telah menonton di Today Mall,Tiram.

EA pilih waktu midnite dan kami sampai tepat pada waktu cerita sedang ditayangkan.
Masa ini,semua seat penuh kecuali di baris hadapan bahagian pertama. Jadi, tempat yang kami pilih pun terabur. Kebetulan bila EA masuk ke dalam wayang ada 4 tempat duduk kosong dan kami terus lepak dengan muka selamba...Kah kah kah..

Apa yang best sangat filem Dewale ni?
Bagi EA:
1. Lokasi pengambaran yang cantik.
2. Banyak menggunakan kereta-kereta mewah yang EA minat..(hehhee...mampu minat jer)
3.Lagu Jannam yang best.
4.Cerita yang boleh buat orang berdekak dan sedih pada yang sama.
5.Gandingan semula SK dan Kajol.(Ini yang membuatkan ramai orang ingin tonton)

Cerita ini memang layan dan EA bagi 5 bintang.Ada juga kawan EA yang tonton berkali-kali. Kalau nak jimat boleh tonton online tapi kalau nak layan dengan air mata sambil ketawa boleh pergi wayang yang berdekatan.


Khamis, 24 Disember 2015

RTB: MAULIDUR RASUL 2015

Assalammualaikum dan Selamat pagi.
Rabu Tanpa Bicara

MAKANSUTRA : MAKAN MALAM DI WAK RADOL TAMAN KEMPAS

Assalammualaikum dan Selamat malam.
Kali ini EA singgah makan malam di Restoran Warisan Wak Radol yang terletak di Taman Kempas,JB. Selalunya EA cuma tapau sate untuk dibawa pulang ke rumah.
Menu yang EA order sate,mi bandung dan mi rebus. Tak lengkap kalau pergi ke sini tanpa membeli sate. Perbezaan yang EA rasa bila tapau dan makan di sini ialah kuahnya.Kuah sate bila makan di kedai,mmmmm memang lebih urmm.
Mi rebus dan mi bandung memang sangat kental rasanya. Hirisan daging dan kuahnya yang pekat menjadikan tekstur rasanya menjadi. Sebelum ini,EA suka makan di Warung Wak Radol di sebelah highway Kempas namun warungnya telah dirobohkan MBJB. 

Harganya juga berpatutan sepinggan mi RM5 dan sebatang sate RM0.70. Pastikan anda datang pasa masa yang sesuai bagi mengelakkan menunggu meja kosong. Tutup pukul 12am dan dibuka pada waktu petang.

Selasa, 22 Disember 2015

CARA MENGHENTIKAN SMS PROMOSI KASINO

Assalamualaikum dan Selamat Malam
Setiap minggu EA akan menerima sms daripada pusat kasino. Kalau sekali dua mungkin ok lagi..

Cara yang paling mudah untuk menghentikan sms judi ini, EA cuma reply dengan kata-kata yang padu dan biar mereka sentap. Alhamdullillah...tiada lagi sms ini masuk ke dalam inbox selepas dapat sumpahan Azwan Ali.

Isnin, 21 Disember 2015

"DITIPU BELI IPHONE 5S"

Assalammualaikum dan Selamat pagi.
Rentetan daripada isu penjualan telefon pintar di Plaza Low Yat dan Berjaya. EA juga hampir tertipu semasa bertanya model IP5s di kedai yang terletak dalam pasar terkenal,Jalan Tebrau.

Buat masa ini EA sangat berminat dengan IP5s walaupun sudah tiada lagi dikeluarkan dipasaran.Semasa EA jalan2 di pasar itu, EA ada terlihat satu kedai yang menjual IP5s yang kelihatan baharu.

EA: Ini IP5s baru ker?
Promoter: Ini baru tapi recond set baru punya.Ada warranty satu tahun.
EA: Owh..Harga dia macam baru keluar pasaran kan... mmmm.habis kalau rosak hantar mana? Kalau set recond, apple tak terima untuk baiki kan?

Promoter itu terdiam dan tidak tahu nak cakap apa. Akhirnya, bos kedai ini telah bercakap bahasa Arab kepada promoter tadi. "Kenapa cakap IP5s ini recond?" Selepas itu, EA terus bertanya lagi "di mana mahu hantar jika rosak? " kepada promoter itu untuk mendapat kepastian.

Promoter: Membisu
Boss: Hantar ke Singapura. (Nada cepat).

Boss dia tu cuba untuk menipu EA, dia ingat set recond apple singapura nak baiki..ala lah..Kemudian EA terus meninggalkan kedai itu. Pastikan anda mempunyai sedikit pengetahuan atau membawa orang  yang tahu tentang gadjet bagi mengelakkan ditipu.

Sabtu, 19 Disember 2015

MAKAN MALAM DI DE LANUN STEAMBOAT & GRILL

Assalammualaikum dan Selamat petang.


Malam semalam EA sekeluarga telah keluar makan di De' Lanun Steamboat & Grill. Kedai ini terletak di Setia Tropika,Jb. 

Pelbagai aneka makanan laut,daging,ayam dan juga bebola. Lebih 10 sos dihidangkan. Makanlah sampai kenyang. 
Harga yang ditawarkan pada hari ahad hingga isnin RM20 manakala jumaat dan sabtu RM24 kerana ada tambahan menu kambing golek.

Sempat wefie sekeluarga.Malam ini telah dibelanja oleh abang EA. Wah..kenyang..kenyang..kenyang.

Jumaat, 11 Disember 2015

REFLEKSI:TAWARAN DAJJAL SEMASA TURUN DIBUMI

Assalammualaikum dan Selamat Malam

Ustaz: EA tahu tak bila Dajjal turun ke bumi,suasana menjadi kering dan panas kerana hujan tidak akan turun. Selain itu,tiada tumbuhan yang boleh dimakan.

Ustaz: Masa inilah dajjal akan tunjuk "hero" dengan mengaku tuhan dan membawa seperti dua sungai. Satu mengalir api dan satu lagi mengalir air sejuk.


Ustaz: Jadi...cuba EA teka mana satu yang EA akan pilih?
EA: Semestinyalah EA akan pilih air sejuk yang dibawa dajjal.


Ustaz: Jawapan EA tidak tepat....


EA: Takkan kita nak pilih api ustaz.. bukan ker api itu panas..


Ustaz: Ya..memang api itu panas..tetapi nabi saw suruh umatnya memilih dan terjun ke dalam api yang panas semasa dajjal membuat tawaran. Sebenarnya, api yang panas itu adalah air sejuk dan sebaliknya.



Sumber: 





Selasa, 8 Disember 2015

SANTAI DI TANJUNG LEMAN

Assalammualaikum dan Selamat Petang.
EA sekarang berada di Tanjung Leman,Mersing. Angin bertiup kencang dan deruan ombak yang menghempap pantai sangat menenangkan. Hari ini pun tidak ramai orang. Jadi, bolehlah EA menghirup udara segar sambil melihat ciptaan ilahi.kah kah kah (ayat novel kan)..
Cuaca yang sangat baik dan pemandangan yang mendamaikan. Selain itu, jalan masuk ke Tanjung Leman ini telah diturap. Jika anda pergi pada hari biasa tiada bayaran dikenakan sebaliknya pada waktu cuti umum dan hari minggu,anda akan dikenakan bayaran RM3 sekali masuk.

Selasa, 1 Disember 2015

REFLEKSI: MENCARI AGAMA

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Filem Boly Boly yang bertajuk PK ini banyak membuat perbandingan semua agama yang dianuti oleh warga India. Amir Khan yang membawa watak PK seorang mahluk asing telah mendarat dibumi namun malangnya kunci kapal UFO telah dicuri. PK telah bertanya kepada orang disekelilingnya untuk mencari kunci tersebut.Jawapan yang diterima... "minta pertolongan daripada tuhan".

Jadi secara mudahnya, keyakinan EA terhadap Islam semakin kukuh apabila menonton setiap perbandingan agama dalam filem ini. Kalau anda nak tahu, cuba tonton sendiri
(JOM TONTON FILEM PK)