ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita. Potongan rambut anda boleh mengubah penampilan. Pastikan potongan rambut anda mestilah bersesuaian dan jangan sampai jadi mangsa fashion.
Berdasarkan Chez Hamdan merupakan pendandan rambut dan pemilik Chez Hair Studio menjangkakan gaya potongan rambut wanita 2014 lebih menonjolkan potongan rambut blonde, tebal dan kurang layer. Antara potongan rambut yang diketengahkan oleh Chez Hamdan seperti berikut:
Anda yang sukakan penampilan rambut pendek boleh cuba mengayakan dengan potongan pixie bold. Potongan rambut disebelah kiri dan kanan akan diratakan untuk kelihatan rambut anda menjadi tebal. Bagi yang berwajah petak, anda juga boleh mengikuti gaya ini kerana pendadan rambut yang mahir akan menyembunyikan wajah bersegi anda dengan potongan ini.
Bagi anda yang sukakan rambut panjang, potongan gaya rambut Ombre masih lagi menjadi trend 2014. Manakala yang suka mewarnakan rambut dengan warna terang, pastikan anda memilih dengan warna yang sesuai supaya muka anda tidak kelihatan gelap.
**Sumber Wanita Hari Ini 07/01/2014