1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 18 Jun 2013

PEMILIK JET PERSENDIRIAN TERMAHAL DAN TERCANTIK DI DUNIA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Putera Alwaleed bin Talal merupakan salah seorang ahli perniagaan terkaya di rantau negara Arab. Beliau telah membelanjakan  sebanyak USD 500 Juta untuk membeli sebuah jet Airbus 380 termasuk dekorasi ruangan dalamannya seperti sebuah mahligai. Putera Alwaleed menduduki tempat pertama bagi orang yang memiliki jet persendirian termahal didunia.


Dekorasi dalaman seperti Istana Udara

Sabtu, 15 Jun 2013

OST EPILOG CINTA KHIRANA / THE FABULUOS CATS - SEBULATNYA

ASSALMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Selepas Epilog Cinta Khirana ditayangkan di TV3 dalam slot samarinda, EA menjadi suka dengan lagu Sebulatnya nyanyian The Fabuluos Cat.Gandingan pelakon-pelakon popular dalam drama ini menjadikan EA mengikuti dan menantikan kesudahannya.Jom kita layan lagu ost ini.
THE FABULUOS CAT
OST EPILOG CINTA KHIRANA/
THE FABULUOAS CAST-SEBULATNYA

RESTORAN NASI ULAM C.I.K.G.U

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

Kepada anda yang berkunjung ke Kota Bahru, jangan lupa singgah di Restoran Nasi Ulam Cikgu.Pelbagai ulam-ulaman dan hidangan disediakan secara buffer. Lokasinya juga sangat strategik di tengah pusat bandar KB.

Pelanggan mempunyai pelbagai pilihan untuk memilih lauk-pauk di restoran ini. Kebanyakan pelanggan akan datang secara berkumpulan atau berkeluarga untuk menjamu selera di restoran ini..Mereka akan mengambil setiap lauk dalam pinggan yang berasingan.

Suasana menjamu selera di restoran ini sangat meriah bagaikan menjamu selera semasa waktu kenduri. Pelanggan yang datang sangat ramai pada setiap hari.Walaupun ambil berbagai-bagai lauk tetapi harga yang dikenakan sangat murah. Untuk 4 orang makan dengan lauk yang banyak dan pelbagai, EA hanya perlu bayar RM20.50.Murahkan...Sangat super duper JIMAT!!! tak percaya?? datang dan cubalah sendiri...

Rabu, 12 Jun 2013

Isnin, 10 Jun 2013

RESEPSI PERKAHWINAN KHALILAH & RON HERMAWAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM..

EA ucapkan selamat pengantin baharu kepada Khalilah dan Rone Hermawan yang telah disatukan pada 08 Jun 2013. Tahniah dan EA doakan semoga bahagia hingga setia hujung nyawa...
Kenapa pengantin perempuan nie sedih?? 
Owh..sebenarnya pengantin ini nak bergambar dengan kami...hihihi
Senyum..1,2,3,4...
Sebelum pulang, sempat lagi EA dan rakan-rakan lepak.Masa cuti beginilah dapat kami berborak panjang dan bertukar-tukar cerita..(Gosip la tu)..

Khamis, 6 Jun 2013

CARA MENINGKATKAN PENDAPATAN MELALUI BLOG

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG.

Selepas setahun membuat blog, EA hanya menggunakan nuffnang untuk menjana pendapatan sampingan. Kini, EA cuba meningkatkan pendapatan daripada berblog dengan  cara yang lain. Rakan EA telah mencadangkan supaya daftar blog emmeraziz.blogspot.com ini di syarikat pengiklanan Weeclicks dan KOMLI kerana bayaran yang diberikan sangat tinggi.
Semalam EA baharu mendaftar dengan syarikat pengiklanan WeeCLICKS. Syarikat ini baharu sahaja bertapak . Kepada semua blogger cepat daftar di WeeCLICKS kerana anda akan menerima RM10 untuk yang mendaftar awal. Konsep syarikat ini sama dengan Nuffnang. Banyak orang klik iklan banyaklah hasil pendapatan anda.
Baharu mendaftar sudah dapat RM10. Syukur
Komli baharu sahaja EA daftar sebentar tadi.EA sedang menuggu pengesahan daripada syarikat ini. EA berdoa supaya syarikat ini meluluskan permohonan EA untuk meletakkan iklan mereka diblog ini. Jika permohonan EA berjaya maka setiap viewer yang berkunjung ke blog ini akan syarikat itu bayar kepada EA dengan matawang USD...Lebih banyak viewer masuk blog ini lebih tinggi pendapatan yang akan diperolehi.

SINOPSIS EPISOD AKHIR SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA!

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


Semestinya kita tertunggu-tunggu sebenarnya apa yang akan berlaku dalam episod akhir. Berdasarkan novel Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar menamatkan episod ini dengan "happy ending" dimana Syafa Aqira dan Firash Ahmad akhirnya melangsungkan persandingannya untuk memberitahu sebenarnya mereka ialah suami isteri yang sah.
Hubungan Syafa dan Firash semakin bahagia apabila mereka dikurniakan cahaya mata seorang anak perempuan. 

Bagaimana reaksi Haqimy setelah mendapat tahu sebenarnya Syafa sudah menjadi istero orang? 
Haqimy agak terkejut dengan hubungan Syafa Aqira yang berstatus sudah berkahwin. Namun, Haqimy dapat menerima realiti dan turut hadir ke majlis persandingan Syafa dan Firash meraikan hari bahagia mereka.

Adakah Raja Ahmad selaku pengarah drama ini akan mengekalkan jalan cerita yang sama seperti didalam novel atau mengubahnya.. Jadi, jom kita layan drama ini sehingga ke episod akhir.

sumber:cc (Haryanty pembaca novel tegar)




SALAM ISRAK DAN MIKRAJ 27 REJAB 1434

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


KEGANU BAHAGIAN:TIPS JIMAT PILIH HOTEL DI TERENGGANU


ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM..

Sebelum pergi bercuti, EA nasihatkan supaya anda membuat perancangan awal dan cuba cari secara online pakej penginapan yang disediakan semua hotel. Kebanyakan hotel akan memberi diskaun kepada mereka yang menempah secara online. Semasa bercuti di Terengganu,EA telah menginap di hotel Seri Malaysia. Rakan EA telah menempah sebulan awal secara online dan diskaun yang diberikan sangat menjimatkan. Harga biasa semalam untuk satu bilik ialah RM169 tetapi kami hanya bayar RM100 sahaja + sarapan pagi percuma disebabkan tempah secara online. Seronok beronok-ronok....
Katil  yang disediakan juga sangat selesa dan dapat tidur
dengan nyenyak dialaskan bantal yang sangat empuk..
Memang rezeki...Sarapan pun percuma..Jadi kena makan sampai kenyang ni...hihihi
Bersarapan pagi dihadapan pandangan laut yang indah
dan ditambah lagi tiupan angin pagi..Sangat menyelerakan..
Jemput makan...

Selasa, 4 Jun 2013

KEGANU BAHAGIAN 2: SANTAI DI KUALA TERENGGANU

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Perjalanan mengambil masa 6 jam untuk sampai ke Kuala Terengganu dari Johor Bahru. EA sampai ke sana pukul 3.30 petang terus check- in hotel. EA telah lepak santai di Terengganu selama 1 hari  1 malam...Banyak juga tempat menarik yang dapat EA lawati walaupun masa yang diperuntukkan agak terhad. Jom santai lepak melancong di Terengganu....
Berjogging sambilmelihat pemandangan di Pulau Duyung..
Kenapa dengan gunung itu???
Subhanallah..lihat diatas gunung itu ada kalimah ALLAH PELIHARAKAN TERENGGANU.
Waktu malam akan dipancarkan cahaya berwarna merah..
Indahnya masjid Kristal ini..Rasanya tidak lengkap jika sampai ke Terengganu tidak lawati dan
solat di Masjid ini..
Makan malam di medan selera berhadapan Pantai Buruk...
Masjid Terapung juga merupakan destinasi yang harus dilawati. Lepas sarapan  EA terus kesini..
Masjid ini dikelilingi air laut.
Pantai Pandak, Berjemur  dibawah sinaran matahari pagi...
Sebelum check-out, singgah Pasar Payang cari baramg-barang yang
boleh dibeli untuk bawa balik JB. Teka apa yang EA beli di Pasar Payang ini????
EA beli keropok kering.. Rasa keropok Terengganu ini sangat sedap dan rangup
seperti keropok rota..hihihi.
Selepas check-out, EA telah dibawa ke tempat paling kontroversi di bumi darul Naim ini..
Ini ialah Stadium Sultan Mizan yang runtuh. Siapa yang harus dipersalahkan???
Cadangan EA, jadikanlah stadium ini sebagai tempat pelancongan juga
sebab ramai pelancong yang datang untuk ambil gambar..





Isnin, 3 Jun 2013

2013: HADIAH HARI GURU DARIPADA MURID SMKT MOLEK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


 EA nak ucapkan terima kasih kepada murid SMKTM diatas hadiah yang diberikan sempena sambutan hari guru 2013.Sebenarnya.. EA baharu sahaja melaporkan diri di sekolah ini.Jadi, rasa bertuah kerana ada juga pelajar yang beri hadiah walaupun EA baharu bertapak disekolah ini.Jom kita bongkar hadiah yang diberi oleh mereka..
2 helai tali leher yang berbeza warna. Mempunyai 1 persamaan iaitu
sangat cantik dan elegant.. 
Terima kasih kerana memberi EA tali leher yang sangat menarik dan sesuai dikenakan dengan semua kemeja.Sebagai tanda penghargaan EA akan pakai tali leher ini semasa mengajar. Tali leher yang menarik seperti ini boleh merangsang tumpuan pelajar untuk lebih fokus semasa belajar.. hehehe.

Ahad, 2 Jun 2013

REHATKAN MINDA KE " KEGANU" (KELANTAN & TERENGGANU)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG..

Mercu tanda BATU BERSURAT di tengah bandar Kuala Terengganu
Pasar Siti Khadijah di Kelantan
EA telah mengikuti program KEGANU yang dianjurkan diri sendiri sempena cuti sekolah ini. KEGANU merupakan singkatan bagi bercuti di negeri Terengganu dan Kelantan..hehehe.. EA telah lepak di sana selama 3 hari 2 malam dimana sehari di Terengganu dan 2 hari di Kelantan. Percutian yang menyeronokkan dan pengalaman baharu dapat dirasai..Perbezaan budaya di kawasan THIS IS PANTAI TIMUR memang berbeza dengan Johor. Walauapapun EA layan untuk dapat keseronokkan semasa disana..

Sabtu, 1 Jun 2013

MILO TABUR GIANT DI HUTAN BANDAR BISTRO

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM



Air Milo Tabur Giant (gelas besar) ini menjadi pilihan untuk EA lepak  mengeteh apabila tekak terlalu dahaga. Saiznya yang besar membuatkan EA rasa puas dan boleh melepaskan rasa dahaga dengan cepat.. Selain itu, taburan Milo diatasnya sangat banyak.Puas hatilah.. Boleh duduk relaxs2 sambil makan Milo..
Besar gelas yang dihidangkan. Namun jangan terkejut dengan harga yang dikenakan..Hargan segelas Milo Tabur Giant ini ialah RM3.50 sangat murah dan berpatutan dengan saiz gelas. Jika anda takut tidak habis rasanya boleh berkongsi 2 - 3 orang..kikiki
Lokasi kedai ini terletak di Hutan Bandar Bistro berserbelahan dengan bangunan TNB Jalan Ayer Molek atau andajuga boleh pergi ke Hutan Bandar Larkin. Pelanggan yang datang sentiasa ramai kerana tarikan daripada hidangan chicken chop. Jadi kuatkan urat kaki untuk berdiri menunggu giliran..Selamat mencuba.


KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR LIGA FA JOHOR DARUL TAKZIM VS PAHANG

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Tahniah kepada pasukan Pahang yang berjaya sampai di peringkat separuh akhir Piala FA dan Syabas kepada pasukan JDT kerana layak mara ke peringkat akhir piala FA.Walaupun Pahang menang dengan jaringan 2-1 terhadap JDT pada malam ini  tetapi daripada aspek agregat seri 2-2 menjadikan JDT berjaya melangkah ke peringkat akhir dengan kelebihan "away goal rules". Selepas ini kita akan saksikan pertembungan 2 pasukan hebat diantara JDT dan TRW ( The Red Warrior) untuk merebut piala FA pada musim ini.Sama-sama kita tunggu 29/06/13 untuk melihat pasukan mana yang akan bergelar juara...