ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Daripada jutaan orang yang melaksanakan ibadah haji terdapat segelintir jemaah yang digelar sebagai haji cowboy.Apa itu HAJI COWBOY??? Erm...kalau mandi cowboy pernahlah EA dengar iaitu orang yang mandi asalkan basah badan jer.
Kali ni EA dengar tentang Haji Cowboy dimana ia telah didedahkan dalam berita LIPUTAN SIANG SCTV Indonesia. Haji Cowboy ialah orang yang pergi menunaikan ibadah haji tanpa berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi. Mereka masuk tanpa izin dan akibatnya ramai jemaah haji cowboy yang menjadikan jalan raya dan berkhemah diatas bukit sebagai tempat penginapan. Itu semua bukan penghalang walaupun terpaksa berehat dijalan-jalan yang dipenuhi sampah sarap dan tidur dengan kemudahan yang tidak lengkap.Demi melaksanakan rukun islam yang kelima mereka tidak peduli dengan dugaan tersebut.
Walaupun mereka menghadapi batasan daripada aspek kewangan namun mereka tetap bersemangat dan berjuang untuk mendapatkan haji mabrur.EA doakan kepada semua jemaah haji supaya dimakbulkan haji yang mabrur dan diberkati oleh Allah... Suatu masa EA juga mahu kesana....
1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA
- KONGSI (256)
- MAKANSUTRA (45)
- POTRET (35)
- REFLEKSI (49)
- RTB ( RABU TANPA BICARA ) (77)
- SANTAI (47)
Isnin, 29 Oktober 2012
Jumaat, 26 Oktober 2012
SATU KUPON SATU DAGING KORBAN
Bercakap tentang daging korban semestinya hari ini mesti banyak tempat yang telah melaksanakan ibadah korban.Kebanyakan tempat dikawasan EA daging korban boleh diambil dengan adanya kupon yang telah diserahkan oleh AJK surau atau masjid. Erm..siapa yang tidak dapat kupon maka dapat tengok lembulahhh..kesiannn...
Ramai yang telah memilih Surau Jannatul Firdaus untuk membuat ibadah korban.Hanya kambing yang menjadi binatang korban disurau ini.
Ramai yang tengah beratur untuk mendapat daging korban yang telah disediakan.
Banyak tempat yang disediakan untuk memudahkan orang ramai mengambil daging korban.
Inilah daging kambing yang EA dapat..kalau dimasak manis memang
ENAK oh ENAK!!!!
Khamis, 25 Oktober 2012
SALAM AIDILADHA
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
EA NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA MUSLIM DI SELURUH DUNIA DAN KHAS
UNTUK
SEMUA BLOGGER DAN PEMBACA
BLOG EA
Khamis, 11 Oktober 2012
DATO SITI NURHALIZA DI UTM
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
Semalam penyayi No 1 negara Dato Siti Nurhaliza telah diundang untuk menyanyikan lagu semasa malam pembukaan Festival Konvokesyen ke -49 di UTM Skudai..Jom tengok gambar Dato Siti semasa menyanyikan lagu-lagunya di sana....

wahh...suara Dato CT memang lunak
semua penonton terpukau apabila Dato Ct menarik vokalnya yang mantap
mesra Dato CT melayan peminat dengan mendendangkan lagu cindai
Dato Ct bergandingan dengan pelajar UTM
Joe Filzow pun ada juga sebagai artis jemputan
senyum Ila jangan x senyum....
Dato CT juga sempat bergambar dengan DYMM Raja Zarith Sofia sebagai Canselour UTM
kenangan TNC UTM bersama DATO CT
Rabu, 10 Oktober 2012
KONVOKESYEN BERMULA
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
RABU-HARI TANPA BICARA
TAHNIAH EA UCAPKAN KEPADA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG
TELAH TAMAT BELAJAR
DAN
MENDAPAT ANUGERAH YANG DINGINKAN
DIISTIADAT KONVOKESYEN KALI INI.
Isnin, 8 Oktober 2012
DARI MEJA GURU
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Menjadi cikgu bukannya satu tugasan yang mudah. Ia tidak seperti apa yang EA dan segelintir blogger fikirkan dengan tugasan menjadi sebagai Cikgu. Waktu kerjanya hanya separuh hari tetapi bebanan yang dipikul sangat berat. Ia juga memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mendidik anak bangsa yang mempunyai pelbagai kerenah atau tingkah laku.. Sekiranya kurang sabar itu yang kita dengar kes-kes yang melibatkan Cikgu dan murid-murid..EA baharu sahaja memulakan tugas sebagai guru ganti disebuah sekolah rendah di JB. Mengajar disekolah itu membuat EA terkenang-kenang akan pengalaman menjadi murid sekolah..Sedikit rasa kejutan budaya kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam murid-murid. Walaupun,terdapat pelbagai ragam murid-murid disekolah itu namun EA jadikan ia sebagai cabaran untuk membantu dan berkongsi segala pengetahuan kepada mereka.

Terdapat perbezaan cara untuk mengajar kanak-kanak dan orang dewasa. Apa yang bezanya???
Untuk mengajar murid-murid sekolah, EA telah diajar untuk menjadi lebih tegas dan garang semasa mula-mula masuk ke kelas. Hal ini penting untuk memastikan murid-murid dapat menunjukkan rasa hormat dan bekerjasama kepada kita.Manakala untuk mengajar orang dewasa EA haruslah sentiasa tersenyum dan menjadikan mereka sebagai seorang rakan.Orang dewasa tidak suka sesuatu pembelajaran itu dijalankan secara dipaksa. Pendekatan untuk mengajar murid-murid berdasarkan pedagogy dan orang dewasa pula menggunakan andragogy. Oleh itu, perbezaan ini dapat EA aplikasikan selepas mengajar kanak-kanak dan menjadi jurulatih semasa menjalani praktikum.Rabu, 3 Oktober 2012
TAMAT BELAJAR
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
RABU HARI TANPA BICARA
HARI TERAKHIR BERGELAR MAHASISWA DAN KEGEMBIRAAN TERUKIR SELEPAS MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN TERAKHIR...
HARI TERAKHIR BERGELAR MAHASISWA DAN KEGEMBIRAAN TERUKIR SELEPAS MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN TERAKHIR...
Selasa, 2 Oktober 2012
MENCEGAH SALINAN (COPY) MYKAD DARIPADA DISALAHGUNAKAN
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM..
Banyak kes yang melibatkan penyalahgunaan salinan MYKAD oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membuat pinjaman seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain.. Ada yang paling menakutkan apabila segelintirnya menggunakan salinan MYKAD anda untuk membuat pinjaman daripada Brother AH LONG atau ceti haram.
Sebelum perkara ini berlaku, anda harus memastikan salinan Mykad anda untuk melakukan sesuatu urusan tidak disalahgunakan.
Anda hanya perlu PALANGKAN salinan Mykad tersebut sebelum ia diserahkan kepada pihak tertentu. Hal ini menunjukkan dimana Mykad anda hanya boleh digunakan oleh urusan tersebut dan tidak boleh digunakan oleh orang lain....Buatlah langkah-langkah keselamatan kerana MyKad anda sangat berharga selain berfungsi sebagai pengenalan diri...

Isnin, 1 Oktober 2012
BANYAKNYA TANGLUNG DITERBANGKAN
ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Semasa ingin pulang ke rumah, EA ternampak banyaknya tanglung yang diterbangkan seperti layang-layang di Padang Desa Tebrau..Cantiknya tanglung ini seperti kumbang klip-klip yang bercahaya diawan..Tanglung-tanglung ini telah diterbangkan untuk meraikan malam terakhir perayaan Kuih Bulan oleh penduduk tempatan yang berbangsa Cina..
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina dimana tanglung dilepaskan keawan supaya hajat atau doa yang belum tercapai dapat dikabulkan.
Sebelum tanglung dilepaskan, mereka akan menulis doa atau hajat tersebut dikertas tanglung. EA ucapkan semoga apa yang dinginkan oleh mereka terkabul selepas tanglung diterbangkan..
JOM LIHAT SUASANA SEMASA TANGLUNG DITERBANGKAN....

macam-macam cara yang dilakukan untuk mengisi gas dalam tanglung itu
ada kumpulan yang hanya meraikan sekadar dengan menghidupkan lilin sahaja
baru nak pasang tanglung
wah....akhirnya berjaya juga tanglung itu terapung diudara...
tengok..adik tu pun nak main tanglung...
cantikkan panorama malam yang dipenuhi dengan tanglong
Oleh itu, EA nak ucapkan selamat meraikan penutup perayaan kuih bulan ini kepada semua masyarakat Cina yang meraikannya.....Diharap segala doa dan apa yang anda hajati semuanya dapat terkabul...
Langgan:
Catatan (Atom)