1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 30 Ogos 2012

SELAMAT HARI MERDEKA KE 55 OH MALAYSIA KU


SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA KALI KE 55. SEMOGA MERDEKA TAHUN INI MEMBAWA SATU KEBEBASAN DAN PERUBAHAN UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK.

RAYA KU MERDEKA-MERDEKA KU LAUNGKAN-SELAMAT HARI MERDEKA
DARIPADA

EA

emmeraziz.blogspot.com

Rabu, 29 Ogos 2012

KAWASAN ADUN TALAM DIBUNUH OLEH MONA FANDY

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG


Siapa yang tidak kenal dengan kes Mona Fandy yang menggegarkan SEMELAYA akan kes pembunuhan ADUN TALAM yang dibunuh secara tragis dan setajam SILETTTTT.....Adun Talam yang ingin mendapatkan khidmat perubatan traditional  untuk menjadi MB Pahang akhirnya mati dikerat 18 oleh MONA FANDY, AFFENDI DAN JUREMI di Kampung Peruas.. Ada yang berpendapat kes ini merupakan kes pembunuhan paling kejam no 1 di Malaysia. EA bukan nak membongkar semula kes ini tetapi ingin berkongsi lokasi kejadian pembunuhan yang terkini.. Ketua  dan warga kampung ada menceritakan kisah Mona Fandy dan menunjukkan lokasi kejadian pembunuhan semasa EA menyertai PROGRAM SUMMER SCHOOL 2012.

Lokasi SEMASA Adun Talam dibunuh secara sadis oleh Mona Fandy di Kampung Peruas.

Mayat telah ditanam selepas jasadnya dikerat 18 disebuah stor.

Lokasi TERKINI(2012) Adun Talam dibunuh secara sadis oleh Mona Fandy di Kampung Peruas.

Kawasan pembunuhan ini kini telah dipenuhi semak samun dan tapak rumah Monafendi juga telah dirobohkan..Ok..siapa yang berani pergilah pacak rumah kat situ....HEHEHEHE..

Berdasarkan temuramah yang dijalankan oleh EA bersama ketua dan orang kampung semasa pergi ke Kampung Peraus ini mendapati tiada kejadian misteri yang berlaku selepas kejadian pembunuhan ini berlaku atau selepas ketiga-tiga mati ditali gantung.. Sekiranya anda terdengar cerita-cerita angker atau misteri daripada orang luar itu bermakna semuanya ialah propa.(TIPU).


Oklah...Taknak cerita banyak-banyak sebab tak baik membuka aib orang yang sudah tiada.Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa dan pembunuh ini semoga Allah meredhai dan mengampunkan dosa-dosa mereka..ALFATIHAH...

sumber gambar lama:KES- MONA FANDY//TV3..

SESAAT BERSAMA IRMA HASMIE

RABU TANPA BICARA-  GAMBAR MASA MENJADI SEKRETRIAT FESTA KONVO 46 UTM

Selasa, 28 Ogos 2012

KONTROVESI LIRIK KAMSEUPAY NYANYIAN LOLLYPOP GIRLD BAND

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI...



Siapa itu LOLLYPOP GIRLD BAND dan apa itu KAMSEUPAY??? Lollypop merupakan girl band yang baru ditubuhkan berasal dari negara Indonesia dengan konsep seperti k-pop. KAMSEUPAY bermaksud KAMPUNGAN..Istilah ini sering digunakan dan menjadi trend terkini bagi warga Indonesia.Ahli kumpulan LOLLYPOP GB ini terdiri daripada Cathy,Angel,Inge,Detal dan Laule dimana mereka popular kerana telah membintangi sinetron UPIK ABU ABU yang ditayangkan di saluran SCTV.( TV ini dapat hanya untuk negeri yang berhampiran dgn IND spt Johor)
sumber :twitter//LOLLYPOP OFFICIAL
Lirik lagu Kamseupay telah menjadi kontrovesi dan dikritik hebat di YOUTUBE dan saluran forum-forum  diinternet. Lirik yang mereka nyanyikan dikatakan mempunyai unsur kesombongan diantara golongan kaya dan miskin serta seperti menghina orang-orang kampungan(kamseupay).Wakaka.. Walaupun lagunya sedap tapi liriknya telah membuat pendengar menjadi marah.. EA pun suka lagu ini...

Secara jujurnya.. EA tidak salahkan LOLLYPOP GB kerana mereka hanya menyanyikan lagu yang telah siap ditulis oleh penulis dan komposer. Seharusnya penulis dan komposer harus memastikan lagu yang dicipta tidak menyinggung mana-mana pihak..Jadikan ia sebagai pengajaran untuk diperbaiki pada masa depan.. Kepada pendengar muzik Indonesia juga harus cool kerana MUNGKIN pencipta lagu ini bekarya untuk menunjukkan dunia orang kaya yang sebenarnya di Indonesia.... Apa-apapun lagu nie memang terbaik!!!
sumber youtube:lollypop-kamseupay

Jom kita kita berhibur bersama Lollypop sambil mendengarkan liriknya sendiri..

Sabtu, 25 Ogos 2012

BELA KUCING SAMPAI 700 EKOR..KAU HADA!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI



Wah kagumnya EA apabila terbaca SINAR  ada orang yang membela kucing sampai 700 ekor.. Lyneaa Lattanzio merupakan seorang wanita yang berasal dari California telah  menjadi tuan kepada pada si comel kucing ini. Mulianya hati wanita ini dan rasa belas ehsan kepada si kucing sanggup tinggal dan berkongsi serumah dengan si kucing yang dimiliki. Malah beliau juga ada membela 19 ekor anjing yang dikutip dijalanan. Justeru itu, rumah yang dimiliki telah dijadikan tempat perlindungan bagi kucing-kucing itu..



Oleh itu, National Geographic telah memberi penghargaan kepada wanita tersebut dengan membuat dokumentari akan kegigihan beliau menjaga 700 ekor kucing dalam episode penyelamat kucing terbesar didunia.NICELAH...Bukan senang nak jaga kucing sampai 700 ekor. EA yang ada 9 ekor kucing pun dah susah nak kawal ini kan pula 700.... Bak kata nabil.. lu pikirlah sendiri...

Jumaat, 24 Ogos 2012

AINAN TASNEEM MANGSA FESYEN DALAM KLIP VIDEO AKU SUKA DIA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


AINAN TASNEEM
Apa pendapat anda tentang pakaian yang dipakai oleh Ainan Tasneem dalam video klip AKU SUKA DIA..Nampak pelik sangat ke atau pakaian yang dipakai memang tidak sesuai dengan latar belakang di sawah padi.. Realitinya..ramai pengguna YOUTUBE telah mengkritik pakaian yang dikenakan oleh AINAN TASNEEM dalam video klip ini..Ada juga yang mengatakan beliau telah menjadi mangsa fesyen dan tiada identiti berpakaian sendiri..

 Bagi EA..fesyen yang dikenakan AINAN TASNEEM dalam videoklipnya OK sebab beliau masih lagi mengekalkan ciri-ciri islamik..Takdalah tersendad-sendad atau boleh sarung buah nangka..HEHEHE..Tak salah juga AINAAN menggunakan pakaian macam nak ke bandar walaupun lokasinya disawah padi...KAU HADAA....Kalau dah tak suka tu ada saja yang tak kena..Buat Ainan Tasneem,EA doakan kejayaan anda dipersada seni tanah air...EA bukan peminat tegar tapi hanya memberi sokongan....

sumber youtube:AINAN TASNEEM-AKU SUKA DIA

Khamis, 23 Ogos 2012

KAJIAN KES:PENGURUS PASARAYA BAHARU

Assalammualaikum & Selamat Malam...


Apa yang anda rasakan apabila pengurus baharu datang mengambilalih pengurusan dan operasi sesebuah organisasi atau syarikat?? Adakah cara kepimpinan yang diamalkan mereka dapat memberikan keseronokan dalam bekerja atau sebaliknya...Selalunya pengurus baharu akan mewujudkan suatu perubahan daripada aspek budaya kerja baharu  dan gaya kepimpinan yang berbeza berbanding sebelum ini.Biasalah kita kan manusia jadi cara kita selalunya berbeza..Tetapi kalau perubahan yang ingin dilaksanakan bersesuaian atau lebih efektif itu, baguslah  dan jika sebaliknya menjadi hambar...HAAA..SIAPA YANG NAK MENJAWAB....

Cara-cara yang mesti anda tahu untuk menjadi pengurus pasaraya yang dihormati dan disukai oleh semua pekerja...

1. BE PROFESSIONAL & AVOID EMOTIONAL
Laksanakan kerja anda dengan profesional walaupun mempunyai beribu tekanan yang diterima daripada pengurusan atasan. Anggaplah tekanan itu sebagai motivasi untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih efektif. Kalau buat dengan emotional susahlah jadinya AAPTB(apa2 pun tak boleh)..


2. TUNJUKKAN CONTOH YANG TERBAIK
Sebagai pengurus tingkah laku anda akan diperhatikan oleh semua orang..Jadi kalau polisi syarikat tidak membenarkan menggunakan handphone dipremis jualan maka patuhilah polisi tersebut.Jangan ingat anda pengurus ada keistimewaan boleh berkepit sepanjang dengan handphone..Kalau dah berkepit dgn bermain msg nanti bila pekerja lain dapat WARNING LETTER pulak...

3.KAWAL RASA STRESS
 Kalau anda dalam tertekan cubalah kawal dan jangan pula melepaskan kepada orang lain...Kalau xda hangin xda ribut bukan ker itu giler namanya nak marah orang lain..hehehe....Erm..kalau pengurusan dalam tugas yang dipertanggungjawabkan boleh takkan pengurusan stress dalam diri sendiri tak boleh....


4.BUANG RASA EGO
Janganlah Ego sangat jika pekerja bawahan memberi pendapat. Cubalah dengar dan pertimbangkan dahulu sebelum membuat keputusan..Mungkin cadangan yang diberikan itu dapat membantu meningkatkan prestasi dan mencapai sasaran syarikat yang diinginkan. Ingat mereka itu PEKERJA OTAI (pengalaman banyak) dan ada yang terpelajar. Janganlah nak AUTOKRATIK sangat..Bila dah kena tegur dgn pengurusan atasan baharu nak huru-hara dan masa itu sikap ego anda akan ditertawakan oleh pekerja bawahan tersebut.

5. HORMAT MENGHORMATI
Wujudkan budaya saling hormat menghormati diantara pekerja bawahan,anda dan pengurusan atasan. Ini baru boleh mewujudkan suasa  harmoni ditempat kerja...

6.PASTIKAN ARAHAN YANG DIBERI JELAS
Gunakan bahasa yang mudah difahami oleh semua pekerja.Semua pekerja tahap pendidikannya berbeza.

Kadang-kadang perubahan baharu yang dilaksanakan dibahagian tersebut itu tidak efektif dan sukar diterima oleh semua pekerja.Sebagai pengurus anda harus memainkan peranan dan bijak mengatrur strategi.Oleh itu,jadilah pengurus yang berktrampilan dan membawa transformasi yang boleh membawa kejayaan kepada semua pihak...

Ahad, 19 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2012


SUASANA PASAR BORONG PANDAN DIMALAM RAYA

ASSALAMUALAIKUM DAN AHLAN WAHSAHLAN YA SHAWAL.

Malam ini suasana di Pasar Borong Pandan sangat meriah dan ramai pengunjung yang datang untuk bershopping.. Biasalah malam raya mestilah semua sibuk mencari keperluan yang belum lengkap dan menunggu barang yang akan dilelong seperti biskut raya,pakaian dan lain-lain. Oleh itu, ramai yang suka bershopping disaat-saat akhir sebab untung sabut dapat bawa balik barang yang diidamkan dengan harga yang murah...Harga barang-barang di Pasar borong juga berpatutan dan shuutttttttttttttt... BOLEH BISIK!!!!WAKAKA..

Selain  itu, pengunjung juga mempunyai banyak pilihan untuk memenuhi keperluan raya tahun ini kerana 3 tempat iaitu PANDAN CITY,PANDAN UPTOWN dan BAZAR di dalam pasar borong menawarkan pelbagai barangan.Jadi.anda semua harus bijak untuk memilih..


Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk bershopping disaat-saat akhir kerana jalan jam dan sukar mendapat parkir...Cuma Pasar Borong yang buka sampai mata lebam(lewat pagi) berbanding pasaraya yang lain semestinya sudah tutup... Jadi mestilah orang datang ke Pasar Borong..


TIPS:
JADILAH PEMBELI YANG DIJAK DENGAN BUAT PERBANDINGAN HARGA DAHULU SEBELUM MEMBELI..KEBANYAKAN KEDAI MENAWARKAN BARANGAN YANG SAMA TETAPI HARGA YANG BERBEZA..DAH JIMAT BOLEH BAGI EA DUIT RAYA......


Selasa, 14 Ogos 2012

TEMA WARNA BAJU MELAYU PILIHAN MUSIM RAYA 2012

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM RAMADHAN


Bulan ramadhan sudah hampir menutup tirainya dan ramai yang mula mencari pakaian baju raya untuk menyambut syawal yang mulia...Semestinya baju melayu atau baju kurung akan dipakai untuk memeriahkan suasana dihari raya.Jadi..apa tema tahun ini WARNA baju melayu dan baju kurung anda?? Ada orang yang membeli baju melayu mesti disesuaikan dengan tema baju keluarga dan ada juga yang sebaliknya...Agak-agak warna apa yang sering dicari dan menjadi pilihan untuk membeli baju melayu tahun 2012 ini...

Antara warna baju melayu yang sering dicari dan mendapat permintaan hangat di AEON TEBRAU CITY untuk musim raya 2012 ini ialah :

1. Warna Unggu
unggu menjadi warna baju melayu yang bayak dibeli pada tahun 2012 dan sama seperti tahun 2011. Kebanyakan keluarga menjadikan unggu sebagai tema baju raya pada tahun ini.

2. Warna Kelabu & Silver

3.Warna Hitam

4.Biru Turquoise
 Ramai juga yang mencari warna ini tetapi malangnya ia sukar untuk dijumpa..Erm..Kalau dah susah nak jumpa warna yang seakan-akan dengan biru turquoise pun akan dibeli...

Yang dah beli baju melayu..Adakah tema warna baju melayu anda ada disenaraikan diatas ataupun berbeza??? Bagi EA warna itu merupakan seni dan ia bersifat abstrak dimata semua orang..Jadi..warna apa-apa pun OK..OK..OK..Dah segak bergaya dengan baju melayu baru..Ingat jagan lupa pergi sembahyang raya...

Ahad, 12 Ogos 2012

TREND SMARTPHONE DI AEON TEBRAU CITY MUSIM RAYA 2012

ASSALAMMUALAIKUM...


Kewujudan smartphone atau telefon pintar menjadi trend terkini disebabkan fungsinya yang pelbagai.. EA selalu membuat pemerhatian akan smartphone yang digunakan oleh pengunjung di AEON TEBRAU CITY.. Ada yang berskrin kecik dan ada juga yang berskrin besar...Persamaannya ialah semua smartphone yang dibawa berskrin sentuh atau touch skrin...

Jom kita lihat antara smartphone yang paling banyak digunakan dan menjadi trend di musim raya ini:

1. SAMSUNG GALAXY SII

2. SAMSUNG GALAXY SIII

3. I PHONE 4S

4. SAMSUNG GALAXY NOTE

5.SAMSUNG GALAXY W

Hasil pemerhatian menunjukkan Smartphone yang dikeluarkan oleh SAMSUNG telah mendominasi pasaran dan paling ramai yang memilikinya...

Khamis, 2 Ogos 2012

AMALAN TERBALIK DI MALAYSIA

Assalammualaikum



Berfikir sejenak dan muhasabah diri....Itulah yang EA rasakan apabila membaca risalah yang dikeluarkan Surau Nur Islam tentang amalan terbalik di Malaysia. Tanpa kita sedari sebenarnya amalan kita telah diresapi dengan budaya luar sehingga bertentangan dengan amalan yang sepatutnya.

ANTARA AMALAN TERBALIK DI MALAYSIA:



1. Ketika menghadiri majlis bersama pemimpin.

Kita akan memastikan pakaian yang dipakai kemas,cantik dan da boom. Sebaliknya, jika menghadap tuhan kita akan berpakaian biasa sahaja samada dirumah atau dimasjid. Ada juga yang tidak pakai baju..Wakaka..tidakkah rasanya lucu....?



2.Bulan puasa bulan mengawal nafsu makan.


Semua orang akan mengaku dimana perbelanjaan untuk membeli makanan pada bulan puasa akan meningkat dan seharusnya perbelanjaan kita berkurang disebabkan faktor puasa disiang hari.



3.Mengerjakan haji


Kebiasaannya kita akan membuat kenduri doa selamat sebelum berangkat ke Mekkah untuk menunaikan haji dan umrah. Sebenarnya, amalan kenduri doa selamat yang diajarkan dalam islam apabila selamat daripada bermusafir.Tak ke terbalik nie???? 



4. Bimbang anak gagal dalam peperiksaan

Semua ibu bapa akan risau jika anak mereka gagal dalam peperiksaan dan menghantar ke pusat tuisen walaupun perbelanjaannya besar. Sebaliknya ibu bapa tidak risau jika anak mereka tidak boleh membaca alquran dan solat malahan tidak pula menghantar mereka untuk ke pusat mengaji atau tok guru..




5.Hadir ke kenduri perkahwinan atau walimatulurus

Setiap majlis perkahwinan yang dihadiri,kita akan memberi hadiah atau wang sebagai salam keruk. Kita akan rasa segan akan malu jika tidak memberi salam keruk. Paling kurang  RM2 atau RM 3 yang diisi dalam sampul hari raya. Sebaliknya kita tidak pula rasa segan apabila menziarahi orang mati dengan tangan kosong. Sepatutnya, kita haruslah memberi sedekah kepada keluarga si mati manakala untuk kenduri perkahwinan tak bagi hadiah atau wang pun tak apa. Mereka jemput untuk suruh makan dan bukanya untuk menjana pendapatan...

sumber:
Risalah Surau Nur Islam 16 Disember 2011/ 20 Muhharam 1433H

SAMSUNG GALAXY Y-INTERNAL MEMORY PHONE FULL!!!

SELAMAT PAGI




Anda mempunyai masalah dengan samsung GALAXY Y dimana  memori dalaman yang penuh atau internal phone full  walaupun telah memadam untuk mengurangkan data tersebut. EA juga menghadapi masalah yang sama. Semua applikasi yang ada tidak boleh berfungsi dan tidak boleh memuaturun applikasi dari ANDROID disebabkan memori dalaman yang penuh.


 Caranya mudah untuk menyelesaikan masalah ini. Anda boleh lakukan sendiri untuk format semula dengan cara tekan nombor ini *2767*3855#.  Tidak perlu bayar RM 30 untuk menyuruh kedai formatkan handphone ini.


Selepas diformat,semua data yang ada dalam internal phone tersebut itu akan menjadi kosong dan tanda memori penuh tidak terpapar lagi. Hasilnya handphone anda akan menjadi seperti baru dibeli..


TIPS SEBELUM FORMAT

  1. Keluarkan memori kad-untuk menyelamatkan data-data yang ada dalam memori kad tersebut terformat sekali.
  2. Keluarkan simcard-ini penting untuk mengelakkan nombor telefon yang disimpan diformat.
  3. Backup data yang ada dalam memori dalaman tersebut.
*semua risiko ditanggung sendiri dan EA hanya berkongsi sahaja.