1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Sabtu, 21 Julai 2012

JALAN STARBUCK PUN ADA..


Sewaktu,EA pergi ke Sedili untuk menghadiri undangan perkahwinan ternampak pulak papan tanda yang tertulis Jalan Starbuck dalam bahasa Jawi...Pelik nie...Haaa.STARBUCK pun dijadikan nama di Johor ni.Cubalah baca tulisan diatas.Ia tertulis jalan STARBUCK dalam bahasa Jawi.




Sekiranya kita melihat papan tanda itu dengan sekali imbas maka papan tanda itu kelihatan seperti Jalan Starbuck.




Sebenarnya jika diteliti ejaannya itu betul-betul maka bunyinya ialah Jalan SETABA.. Walaubagaimanapun, EA tak pasti samada ejaan jalan ini betul ketidak..Sebab papan jalan itu sudah tidak kelihatan huruf ruminya dan usang. Tak nicelah macam nie dan ia boleh memberi arah yang salah sekiranya orang mahu ketempat ini. Jomlah bertindak untuk memastikan papan jalan ini JELASSSS disamping dapat mengindahkan persekitaran...

Khamis, 19 Julai 2012

CENDERAMATA DARI UNDIP UNS & PAKISTAN

SELAMAT PAGI...

Rasa syukur dan terima kasih untuk rakan-rakan daripada UNDIP( Universitas Diponogoro ) dan UNS ( Universitas Sebelas Maret )yang menyertai Program Summer School 2012 telah  memberi cenderamata kepada EA..Best lah... Cenderamata mereka memang melambangkan seni kebudayaan negara mereka terutama cenderamata daripada seberang. Uniq geng....


Cenderamata daripada pelajar UNDIP & UNS







Seronoknya dapat cenderamata daripada pelajar Pakistan..


Terima Kasih kepada semua yang memberi cenderamata atau kado kepada EA..EA akan sentiasa menghargai dan mengingati anda semua....


Rabu, 18 Julai 2012

PROGRAM SUMMER SCHOOL 2012- UTM UNDIP UNS

Assalammualaikum geng....



Pada 1 hingga 14 Julai 2012, EA telah menyertai program Summer School yang bertemakan " Kampung Mesra Alam dan Rendah Karbon" dimana pesertanya terdiri daripada pelajar UTM, Skudai dan pelajar dari Indonesia iaitu UNDIP (Universitas Diponogoro) dan UNS ( Universitas Sebelas Maret). Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan pelajar dalam membangunkan kawasan pendalaman yang mesra alam dan rendah karbon. Disamping itu, program ini bertujuan untuk membuat lawatan sambil belajar dan mengisi masa lapang untuk cuti semester yang baharu bermula.


Memang banyak pengalaman yang dapat EA timba dan pengetahuan yang diperolehi daripada program ini.Aktiviti yang dianjurkan juga menarik dimana dapat mendekatkan pelajar dengan masyarakat dan alam semulajadi... 


Pelbagai aktiviti telah dianjurkan..Antaranya:



Hari pertama mestilah dimulakan dengan aktiviti ice-breaking. Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan sesama peserta dan lebih rasa selesa apabila bekerja dalam kumpulan. Aktiviti ini telah diadakan di dewan Fakulti Alam Bina. Walaupun ice telah dipecahkan, namun rasa malu untuk merapatkan diri dengan pelajar Indonesia tetap ada. 


Hari Kedua, bermula perjalanan daripada Skudai ke Kuala Gandah, Pahang untuk melawati gajah di Elephant Sanctuary. Wahhh....perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke Elephant Sanctuary.. Kami juga sampai kesini agak terlambat dan pertunjukkan gajah juga telah dimulakan. Namun., kami bepeluang merasakan sendiri  memberi gajah makan buah betik yang disediakan. Pengunjung juga berpeluang untuk menunggang gajah tetapi ia terhad kepada 100 pengunjung terawal sahaja. Erm...hanya 2 orang daripada kami yang dapat menunggang gajah ini. Selepas itu, EA juga pergi melihat anak-anak gajah yang sedang di beri makan serta menonton tayangan video tentang memindahkan gajah liar ke Taman Negara. 


Kemudian, perjalanan diteruskan ke Woodlan Resort dimana ia merupkan tempat penginapan EA sepanjang berada di Taman Negara.




Kami juga telah menginap di Resort ini selama 3 hari 2 malam... Resort ini memang selesa dan dilengkapi dengan fasiliti..Tak nicenye cuma dapat 2 siaran apabila menonton tv. Semua aktiviti indoor telah diadakan di resort ini. EA dan kawan-kawan juga tidak melepaskan peluang untuk berendam di kolam yang disediakan..


Hari Ketiga pula, kami telah dibawa ke Taman Negara untuk mengenali flora dan fauna yang ada disitu... Kami terpaksa meyebarangi sungai untuk ke Taman Negara ini dengan menaiki bot...Ataupun anda boleh berenang untuk kesana....hahahaha...EA gurau jer...




Kawasan ditaman negara ini cukup menenangkan kerana dipenuhi dengan tumbuhan malar hijau. Selain itu, kedatangan kami juga disambut dengan 2 ekor tapei yang sangat jinak. Track juga disediakan untuk semua pengunjung yang ingin masuk ke Taman Negara.. Perjalanan diteruskan ke Canopy Walk atau jambatan gantung.. Ini merupakan pengalaman pertama EA berjalan diatas jambatan gantung...Rasa gayat memang ada..Demi melihat keindahan Taman Negara dari ketinggian 70 kaki, semua perasaan takut EA buang jauh-jauh kesungai Pahang. Ahhha...Malangnya, 2 daripada 7 jambatan gantung telah ditutup kerana dalam penyeliaan...LIPATTT....


Pada sebelah malam...kami sekali lagi pergi ke Taman Negara untuk menonton video dan ekspedisi mencari cendawan bersinar...Waktu malam tidak menghalang untuk pengunjung membuat kajian. Ada juga wartawan luar yang sedang membuat dokumentari di situ...




Malangnya, usaha kami gagal untuk menemukan cendawan itu.Keadaan Taman Negara yang lembab disebabkan hujan turun pada waktu petang menyukarkan kami untuk menemukan cenwan itu. Benda yang tidak dicari datang menyerang EA iaitu pacat..Kaki EA telah dihisap oleh Pacat....




Hari ketiga..kami telah dibawa berkunjung ke kawasan perkampungan Orang Asli suku kaum Batiq. Perjalanan kesana juga perlu menggunakan jalan sungai dan bot. Bot yang EA naiki umpama  berada dalam roller coster... Terumbang-ambing dan saling berlumba dengan bot yang lain.

Orang asli suku kaum batiq nie boleh hidup walaupun dengan kemudahan asas yang minimum. Tapi yang sedihnyer anak-anak mereka tidak didedahkan dengan dunia pendidikan formal iaitu kesekolah....Mereka juga rasa malu dengan kehadiran kami...EA juga sempat menebual salah seorang ketua keluarga kampung ini  yang bernama pelanduk. Umurnya 64 tahun tapi kelihatan seperti 40 tahun...HEHEHEHE.Serious awet muda, geng....


Lawatan kami ke Taman Negara berakhir dan pada hari kempat hingga ketujuh,kami meruskan perjalanan ke Kampung Peruas Pahang.Kami telah menginap di Homestay Pulau Chekas. Lokasinya sangat unik kerana persikataran yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan dan hutan. Selain itu, sungainya dan air terjun yang jernih  menjadi salah satu faktor kehadiran pengunjung luar. Malah, bunga rafflesia yang tumbuh dikampung ini juga menjadi daya tarikan pengunjung..





Aktiviti yang diadakan dikampung ini ialah melawat persekitaran Kampung Peruas, expedisi mencari bunga raflesia, membuat pemerhatian di Hutan Lipur Lata Jarum, temubual dan membuat perbincangan bersama penduduk kampung bagi menjadikan  kampung ini sebagai kampung mesra alam dan rendah karbon.. Bukan itu sahaja,malam kebudayaan juga telah dianjurkan dan ia melibatkan kanak-kanak kampung Peruas, pelajar UTM,UNDIP dan UNS. Tarian yang dipersembahkan juga sebagai langkah memperkenalkan budaya masing-masing. Pengiring program ini yang berasal daripada Pakistan juga turut menyanyikan lagu kebangsaan Pakistan...Memang Syokklaahhhhhhhhhhh.....


Selepas 4 hari berkampung di Kampung Peruas, perjalanan kami diteruskan ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Aktiviti di KL lebih bersifat santai dimana peserta dibenarkan untuk bergerak sendiri melawati  bandaraya Kuala Lmpur. EA juga sempat pergi ke Wangsa Maju untuk mendapatkan burger bakar yang sedang diperkatakan..Memang lazat dan sedap....



Hanya sehari sahaja kami berada di Kuala Lumpur dankami telah menginap  di Hotel International. Chow Kit...Sebelum check out, kami juga sempat pergi ke Petaling Street dan Masjid India sebelum bergerak ke Putrajaya... EA sempat membeli cenderamata di Petaling Street..


Selepas merakamkan detik-detik manis di Putrajaya, Kami telah pulang ke UTM semula untuk menyelesaikan tugasan yang setesrusnya...

Setibanya di UTM..kami telah diberikan masa selama 3 hari untuk menyiapkan laporan individual dan kumpulan. Majlis penutup Program Summer School ini juga telah diadakan di Dewan Canseleri,UTM bertujuan untuk menyerahkan sijil kepada peserta. Sekali lagi,sahabat EA daripada Indonesia telah jemput untu membuat persembahan tarian. EA juga telah menjadi pengacara dalam program ini....


Rasanya sedih untuk berpisah dengan mereka..Walaubagaimanapun, setiap bermulanya program ada penghujungnya. Jadi, hanya memori sahaja yang boleh menjadi teman untuk mengingati sahabat EA yang mengingukuti program ini. Ini juga merupakan program terakhir yang EA dapat sertai sepanjang bergelar pelajar....

Ahad, 15 Julai 2012

THE SILENT HOUSE..MEMANG SILENT

Selamat Hujung Minggu




Ada sesiapa yang sudah menonton Silent House untuk mengisi masa hujung minggu ini??? EA baru sahaja menonton Silent House ni bersama kawan-kawan pada hari sabtu yang lalu. Kali ini EA pergi menonton cerita ini di CS dan kawan-kawan EA yang ikut juga sebahagiannya pelajar Indonesia daripada Semarang dan Solo.Selain itu, dua orang daripada kami telah menonton ICE AGE 4 tetapi EA pilih SILENT HOUSE sebab ingin rasakan merinding bulu roma berada di panggung.AHHA....



Sinopsis
Cerita ini mengisahkan seorang remaja perempuan yang bernama Sarah (Elizabeth Olsen),  bapa (John iaitu Adam Trese) dan  pakciknya ( Peter iaitu Sheffer Stevens) pergi untuk mebersihkan rumah lama yang berdekatan dengan tasik.

Kejadian aneh bermula selepas rakan zaman kanak-kanak Sarah iaitu Sophia (Julia Taylor Ross) melawati dan bertanya khabar kepada Sarah. Namun begitu, Sarah tidak dapat mengingati pengalaman silam bersama rakannya itu kerana beliau menghadapi penyakit otak berlubang sebelum ini.Bunyi pelik dan bayang-bayang telah menghantui Sarah. Kemudian bapanya cuba menenangkannya dan menyiasat bunyi tersebut. Sarah terdengar jeritan suara bapanya dan beliau mendapati ayahnya sudah pengsan dengan keadaan berdarah. Sarah mula cemas dan cuba keluar daripada rumah itu. Keadaan rumah itu sangat gelap walaupun disiang hari. Hal ini kerana semua tingkap sudah ditutupi dengan papan. Sarah terpaksa melalui pelbagai rintangan dan detik-detik yang menyeramkan untuk keluar daripada rumah itu.

sumber youtube:thriller The Silent House
Selepas berjaya keluar daripada rumah itu, Sarah terjumpa pakciknya dijalan dan menceritakan akan kehilangan ayahnya. Kemudian Sarah dan pakciknya kembali ke rumah itu untuk mencari ayahnya. Sebenarnya, kehilangan ayah Sarah dan semua kejadian misteri itu telah dirancang oleh ayah dan pakciknya kerana mereka mempunyai niat jahat terhadap Sarah. Sarah dapat mengingati semula zaman silamnya selepas  jelmaan wanita memberi petunjuk dengan memberi gambar. Justeru itu, Sarah mula sedar iaitu ayahnya seorang yang kejam dan sering menderanya sewaktu zaman kanak-kanak.

NICE SILENT HOUSE:
  • Dapat menontonton bersama pelajar daripada Indonesia
TAK NICE SILENT HOUSE
  • Ceritanya Slow motion dan memang silent seperti tajuk ceritanya
  • Keadaan rumah yang gelap gelita walaupun pada siang hari rasaya macam tak logik.
  • Kemunculan jelmaan seorang kanak-kanak perempuan dan bapanya yang menghairankan sedangkan semua ini telah dirancang.



Bagi EA cerita nie taklah seram sangat dan kurang adegan suspend.Oleh itu, EA cuma bagi cerita nie 2 bintang jer...Ok la tuu... Bagi EA cerita hantu Melayu lagi havoc berbanding cerita nie sebab cerita ni hanya menimbulkan persoalan sahaja dan rasanya ending cerita nie pun tak jelas.Anda tonton dan rasakan sendiri selepas itu baru nilai yer....



Sebelum pulang ke Skudai, kami sempat berjalan ke bazar JB untuk membawa rakan dari Indonesia mengenali suasana Bandaraya JB pada waktu malam hari dan kemudian singgah sebentar mengeteh di Kafe MD NOOR,Taman U. Lepak sekejap untuk post mortem dan hilangkan rasa dahaga selepas penat bejalan.AHHA...


Khamis, 12 Julai 2012

KISAH JOM HEBOH DI ANGSANA

SELAMAT PAGI.....


Mungkin  EA agak terlambat utk post tentang suasana yang berlaku di JOM HEBOH ANGSANA 2012.Sowwy la geng... ada masalah teknikal sikit yang berlaku..


Sebenarnya EA pergi ke JOM HEBOH pun tak dirancang.Secara kebetulan jer selepas pulang daripada majlis perkahwinan di Sedeli. Dalam perjalanan pulang daripada Sedeli ke Skudai, sorang rakan EA ni bagi tahu dimana ada booth yang menawarkan barang dengan harga luar biasa...memang murah....Itu yang EA rasa tertarik untuk singgah...


Nie lah gambar-gambar yang sempat EA amek masa berkunjung di JOM HEBOH ANGSANA....
...AHHHA..


Booth-booth yang memeriahkan JOM HEBOH d ANGSANA

lelong-lelong

CINTA BUAT EMELDA

memang manTOP..boleh beli banyak2


SURI

AMEERA

NICE LAH JOM HEBOH NIE.....

  • Dapat jumpa kawan sepraktikal



 Tanpa dirancang akhirnya tercapai juga untuk berjumpa dengan rakan sepraktikal yang mana lama tidak berjumpa .hohoho... Anda pula bagaimana?? Ada tak terjumpa sahabat handai yang lama tak jumpa disini.. Selain itu, kawan EA juga banyak bagi free gift lepas beli produk yang dijual..Nie baru lah seronok dua ronok dan tiga ronok...


TAK NICE JOM HEBOH NIE

  • Tapaknya tidak rata dan bermasalah

Kawasan nie kalau jalan tak tengok bawah kaki boleh masuk ke lobang dan terpelecot...
  • Parkir yang Lipat

Ada juga kawasan perumahan yang cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran parkir...Memang Lipat!!! Jalan memang jam dan  dipenuhi dengan orang ramai serta semestinya parkir di tempat biasa pun penuh. Pada mulanya,EA memilih kawasan perumahan untuk parkir dan kemudian EA cancel  untuk parkir disitu kerana ada bayaran dikenakan. EA keluar daripada tempat perumahan tersebut dan nasib memang menyebelahi EA dan rakan-rakan sebab dapat tempat parkir yang lebih dekat dan free.. Ho..Ho..Hoii........